Tuesday, August 25, 2009

1 Malaysia

1 Malaysia merupakan cadangan Perdana Menteri Malaysia kita, iaitu Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Matlamat cadangan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara sesama kaum di Malaysia, dan mewujudkan satu budaya saling menghormati dan menerima tanpa mengira latar belakang ekonomi dan sosial.

1 Malaysia mempunyai 8 nilai sebagai sesuatu tanda :
a) Budaya Kecemerlangan
b) Kesetiaan
c) Rendah Hati
d) Meritokrasi
e) Integriti
f) Pendidikan
g) Penerimaan
h) Ketabahan

Saya amat menyokong cadangan ini kerana saya dapat meninggal di negara yang tanpa fikiran diskriminasi kaum. Selain itu, dalam surat khabar dan laman web terdapat berita 'setem 1 Malaysia', setem ini akan diedarkan pada 31 Ogos 2009. Saya akan membeli setem ini sebagai tindakan pertama menyokong cadangan ' 1 Malaysia'

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa 1 Malaysia bukan sahaja menjalankan di suatu tempoh masa . Biarpun Dato Seri Najib meletakkan jawatan pada tahun yang akan datang , saya harap rancangan ini boleh diwujudkan selama- lama.

Saya mempunyai soalan yang telah mundar- mandir di otak saya selama beberapa tahun. Mengapakah Malaysia tidak mewujudkan pelantikan Perdana Menteri melalui undian rakyat?Saya berumur 13 dan dalam Pendidikan Sivik mempunyai satu bab yang mengenai Sistem Demokrasi . Saya masih ingat satu ciri sistem demokrasi, iaitu pemerintahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, tetapi saya rasa rancangan ini tidak dilaksanakan dengan lancar. Saya harap saya dapat mengundi Perdana Menteri Malaysia pada masa yang akan datang.

Saya amat berbangga akan Perdana Menteri Amerika ,iaitu Barrack Obama. Biarpun dia memegang jawatannya beberapa bulan sahaja, tetapi dia telah mewujudkan satu negara atau bangsa yang tidak sistem diskriminasi kaum. Saya tidak kata Malaysia hendak meniru amalan Amerika pelantikan Perdana Menteri, kenapa Amerika boleh Malaysia tak boleh?

Saya harap dalam masa yang masih hidup di negara Malaysia , Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri kaum Cina dan juga India. 1 Malaysia -- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


No comments: